Home

PDF

Dialajob memudahkan pencarian kerja

Source : www.utusan.com.my

SUKAR mendapat pekerjaan yang diimpikan? Masalah menulis resume yang baik? Atau gugup ketika bersemuka dengan penemuduga? Berapa banyak wang yang telah dibelanjakan bagi menghantar surat permohonan kerja?

Jangan bimbang dengan semua itu. Baru-baru ini sebuah syarikat berpangkalan di Amerika Syarikat iaitu Celframe Information Technology Sdn. Bhd. telah melancarkan Dialajob bagi mengatasi masalah tersebut.

Kini semuanya berada di hujung jari anda, segalanya hasil gabungan teknologi maklumat seperti telefon dan komputer.

Dialajob merupakan satu landasan yang unik menghubungkan pencari kerja dan majikan.

Ia dapat membantu pencari kerja bermula daripada cara menulis resume sehinggalah mereka mendapat pekerjaan yang diidamkan tanpa berbelanja lebih.

Pencari kerja hanya perlu membeli kad Dialajob yang berharga RM40 dan proses memohon pekerjaan dan menghubungkan kepada sehingga tiga juta syarikat dari pelbagai tempat akan menjadi lebih mudah.

Malah dengan menggunakan teknologi internet, resume tersebut akan dapat dibaca oleh beribu-ribu syarikat besar di seluruh dunia dalam hanya beberapa minit saja.

Kos ini lebih murah berbanding jika pemohon perlu menghantar borang permohonan secara manual kepada majikan.

Dengan Dialajob, resume boleh dihantar kepada majikan berpotensi yang berada di merata tempat sama ada di Malaysia ataupun luar negara.

Menurut Pengarah Urusan Celframe Information Technology, Arun Pudur, Dialajob merupakan cara paling mudah dan berkesan bagi mereka yang sedang mencari pekerjaan.

Tapi bagaimana caranya untuk mencari kerja melalui Dialajob?

Langkah pertama, pemohon hanya perlu membeli kad Dialajob dan kemudian mendail 1 300 88 0365 dan mendaftar dan ketika itu anda akan dibekalkan dengan nombor pengenalan.

Selepas itu pemohon hanya perlu mengikut arahan yang diberikan kemudian masukkan beberapa maklumat yang diperlukan melalui kata kunci tertentu seperti maklumat-maklumat yang diperlukan semasa menulis resume.

Sistem pembina resume akan menukar fail suara anda ke dalam bentuk teks yang telah diformatkan dengan serta-merta.

Ini tidak dapat dilakukan jika pemohon menulis resume mereka sendiri.

Kemudian pemohon akan diberikan nombor ahli yang akan dihantar melalui e-mel bagi tujuan pengesahan.

Dalam masa tiga hari pemohon harus memberikan jawapan sebelum resume berkenaan dihantar kepada majikan yang sesuai dengan minat pencari kerja bagi menghadiri temuduga.

Selain itu kami juga menyediakan khidmat kerjaya profesional kepada pencari kerja bagi meningkatkan daya saing dalam pasaran tanpa sebarang kos,'' tambah Pudur lagi.

Pihak Celframe juga akan menjalankan kajian dan analisis profil pemohon dan majikan bagi menentukan kesesuaian mereka.

Bagi mereka yang memerlukan maklumat lanjut bolehlah layari laman web www.dialajob.com.my

Delicious Blogger Digg Facebook FriendFeed Google In MySpace Posterous ReddIt StumbleUpon Technorati Twitter Add This
Options :   btn_mailfriend   btn_printpage       Subscribe to our :    btn_newsletter  btn_subscriptioncentre See All Feeds